5 Disember 2019 - 18:06
Pasukan Pertahanan Udara Yaman Tembak Jatuh Dron Arab Saudi

Pasukan pertahanan udara Yaman pada hari Khamis berjaya menembak jatuh sebuah lagi dron milik tentera Arab Saudi di Jizan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan pertahanan udara Yaman pada hari Khamis berjaya menembak jatuh sebuah lagi dron milik tentera Arab Saudi di Jizan.

Menurut laporan, dron itu merupakan dron ketiga yang berjaya dimusnahkan oleh tentera Yaman dan sekutunya dalam masa 24 jam.

Menurut sumber daripada pasukan tersebut, sistem pertahanan negara Yaman menembak jatuh dron itu ketika ia sedang dioperasikan di timur Jahfan di dalam sebuah operasi ketenteraan.

Jurucakap tentera Yaman, Brigadier Yahya Sare'e pada hari Rabu berkata bahawa sistem pertahanan udara negaranya berjaya menembak jatuh dua buah drone musuh ketika kedua-duanya sedang dioperasikan di dalam sebuah misi ketenteraan di Jizan dan Baqim. -Almasirah